BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 29, 2009

Pertandingan masakan dan hiasan sempena Hari Guru


Inilah hasil penat lelah memerah idea dan kreativiti dalam pertandingan buat kali yang ketiga. Tahun ni saya bersama ahli kumpulan lain. Sangat meriah dan sengit pertandingan tahun ni. Tetapi akhirnya kemenangan tetap menjadi milik kumpulan kami yang mengetengahkan idea masakan tradisi Negeri Kelantan...
Macamana? cantik tak?
Thanks a lot for our team. Kak Aida, Kak Radziah, Kak Jun, Nora, Azlan... Kenangan manis ini akan di ingati...

Tuesday, May 26, 2009

Baiti Jannati



Baiti Jannati...
Sudah sunnah dan fitrah insani
Ingin dikasihi dan mengasihi,
Ingin dicintai dan mencintai
Kasih sama dikongsi
cinta sama disemi...
Anak pengubat hati
Isteri peneman sepi

Baiti Jannati
harapan ku subur kembali
Impian tidakkan mati
dengan doa menyingkap makhfi
setulus suci seikhlas hati

Semoga Baiti Jannati
Kekal abadi
Impian hingga di syurgawi

Thursday, May 21, 2009

Selamat Menempuh Cabaran

Buat semua anak-anak didikku... selamat menempuh peperiksaan. Ingat.....! Study bukan studo(tidur).... Jawablah soalan dengan penuh keyakinan hasil atas segala usaha yang telah dilakukan.

Istimewa


Anak ini mungkin istimewa di mata kita... Tetapi hatinya juga sangat istimewa dan kata-katanya penuh kesan di hati setiap pendengarnya. Ungkapan yang ikhlas lahir dari hati yang bersih. Apakah salah anak ini bersama anak yang lain? Adakah salah anak ini bersama-sama menuntut ilmu bersama anak yang lain? Itulah istimewa anak anugerah Allah SWT yang dilahirkan ke dunia... Tidak di hisab amalannya... tidak dihitung kesalahannya... tetapi kita yang mempunyai akal sempurna fizikal sempurna... kesyukuran wajib kita panjatkan ke hadrat Allah yang Esa...
Kenangan istimewa ini ku peroleh semasa program motivasi di Melaka bersama kru Al-Falah Jatidiri Ent. dan Al-Falah Generation. salam rindu buat kalian

Tuesday, May 19, 2009


Sahabat... Masih belum terlewat untukku ucapkan selamat hari guru..
Jasa guruku tidak terhingga.
kerana mereka ku menjadi guru.
atas nasihat mereka aku berilmu.
Kini ilmu itu ku titipkan buat anak-anak didikku.
Tidak dilupa... Buat insan yang bergelar guru, ilmu yang dititipkan olehmu, akan menjadi jariahmu sampai akhirat kelak. Sedekah yang berpanjangan... Wahai sekalian guru... halalkanlah apa yang diajarkan olehmu ke atas setiap anak didikmu. Buat anak-anak didikku... Jangan lupa tuntut ilmu sepanjang hayatmu

Buat anak-anakku...


Kasih sayang abie dan ummi untuk kalian tak pernah padam. Harapan anak-anak soleh tak putus dibibir tak lekang dihati. Kerana pada diri kalianlah abie dan ummi titipkan sebagai doa pabila kami tiada kelak...
Buat Syafi Al-Amin, Syafi Al-Amni dan Syahmi Yusuf... kalian penyejuk mata penawar hati

Salam Ukhwah


Selawat dan salam buat Rasul Junjuangan SAW. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat sementara untuk dinikmati bersama. Pinjaman Allah ini untuk disyukuri bukan untuk dimiliki. Dengan usaha yang kecil ini akan membawa perjuangan yang besar. InsyaAllah... Buat khalifah kecil, jangan gentar pada cabaran.