BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 26, 2010

Kisah Hantaran Al-Quran

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai
untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.
Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal
dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.
"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak
Jamilah.Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah
seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina
masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran.
Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran
lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum
Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata
Seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.
Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak
imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur
Serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.
Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil
mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang
dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah
Masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda
Yang sebaliknya berlaku.
"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap
solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd
"Apa benda nih" detik hati Nabil.
"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar
Dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil,
cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .
>>> Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar
suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih
banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak
berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya
tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan
menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang
mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya,mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad
sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif
setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between
the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan,
lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar
dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini
supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the
Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a
low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker,
you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan
berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan
suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan
bersedih.'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him
from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with
musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera
yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,before Allah, no other Intercessor will have a greater status than
the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari
pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada
Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.'Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

wassalam

Jenama susu yang HARAM...

jenama susu yang HARAM...



Peringatan:

Bagi yg bakal melahirkan Dan sudah melahirkan, diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam.
Demi anak-anak yg soleh Dan solehah..
Susu similac ini adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:

1)Isomil
2)gain
3)gainplus
4)grow
5)pediasure
6)ensure

Berkaitan status halal / tak halal TU, harap Kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu.
*SIMILAC*.
Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. And please inform this to ur ‘mummy’ friends ok
Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna Islam :placeMalaysia .. Susu formula *SIMILAC* diragui status
halalnya.Susu in pun quite famous.. Ada di pasaran. Susu TU dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya.
Susu TU pun dah dikategorikan TAK HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.
Inform kawan2 ok!..

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Tiga cahaya di HARI QIAMAT

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."


Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam..

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
se mas a nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin... amin
Yarobbala'lamin .."

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat b era ntai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali...FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman

Sunday, January 3, 2010

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s..a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati