BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan kan DIRINDUI Syawal Menjelang lagi

kad raya

Selamat menyambut bulan syawal buat semua... salam kemaafan dari kejauhan untuk semua yang mengingati diri ini. Doakanlah kebahagiaan umat Islam di dunia dan di akhirat seluruhnya. Andai tidak berkesempatan bertemu, tegur-tegurlah dan nasihatilah generasiku di masa mendatang.

Tuesday, September 1, 2009

Rinduku... Padamu...

Entah kenapa Ramadahn kali ini hatiku terasa teramat rindu pada insan teristimewa. Setiap hari ada sahaja buku atau kisah yang ku cari untuk tatapan mindaku. Sehinggakan ada satu kisah tu membuatkan hatiku sebak mengenangkan rinduku padanya...

Semasa hayatnya insan ini selalu dihina, dicaci, difitnah oleh musuh-musuhnya. Termasuklah seorang pengemis Yahudi BUTA yang terlalu membenci baginda dan memfitnahnya. Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Baginda Rasulullah SAW hanya tersenyum dan pada setiap pagi baginda akan datang dekat kepada pengemis ini dan menyuapkan makanan kepadanya sehinggalah dia kenyang. Tetapi Baginda tidak berkata apa-apa pun.

Sehinggalah tiba saat kewafatan Rasulullah SAW. Datang Saidina Abu Bakar kepada anaknya Aisyah R.A. "Wahai anakku, apakah lagi perlakuan, perbuatan suamimu yang tidak aku lakukan lagi?" tanya Abu Bakar. Dijawab oleh Aisyah R.A. "Tidak ada satu pun lagi yang ayahanda tidak lakukan melainkan setiap pagi suamiku akan pergi ke pasar dan menyuapkan makanan kepada seorang pengemis Yahudi yang buta."

Keesokan paginya, bergegaslah Saidina Abu Bakar ke pasar dan mencari pengemis tersebut lalu disuapkan makanan ke mulutnya. Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan Abu Bakar R.A. Pengemis tersebut mengherdiknya. "Siapa kau? Kau bukanlah orang yang selalu menyuapkan makanan ke mulutku. Orang yang selalu datang kepadaku teramat lembut pekertinya. Dia akan menghaluskan dahulu makanan di tangannya dan kemudian baru menyuapkannya ke mulutku."
Kata-kata pengemis itu membuatkan Saidina Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

"Ya. Aku bukanlah lelaki yang selalu datang kepadamu. Lelaki mulia yang kau maksudkan itu adalah Muhammad SAW. Dia telah tiada lagi." Kata Abu Bakar R.A.

Pengemis tersebut terus menangis dan berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku sering menghina, mencaci dan memfitnahnya. Tetapi dia tidak pernah memarahiku. Bahkan dia melayanku seolah-olah aku adalah ayah kandungnya.

Akhirnya, pengemis tersbut memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar R.A.

Alangkah sabarnya sifat Nabi Muhammad SAW. Adakah kita sesabar itu? Terutama di bulan Ramadhan ini? mari fikirkan...